|
Teguran tersebut penulis terima dengan iringan tawa daripada rakan yang mengerling ke arah jam dipakai pada tangan penulis.
Apabila ditunjukkan dengan lebih dekat kepadanya, barulah rakan tersebut menyedari bahawa penulis memakai jam tawaf.
Ya, jam tawaf. Tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri.
Arah tawaf
Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah.
Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf.
Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.
Menurut Mohd. Wieza Mohd. Ali yang merupakan stokis Hijra Timepiece di Selangor, jam tawaf keluaran syarikat tersebut kalis air dan diperbuat daripada plastik tahan lasak serta mampu menahan tekanan kedalaman sehingga 50 meter.
“Pelanggan berpeluang memilih satu bentuk muka jam daripada 10 variasi yang ada selain memilih tali jam yang pelbagai warna.
“Terdapat dua pilihan saiz yang ditawarkan iaitu saiz biasa dan saiz nano yang lebih kecil,” katanya sambil memberitahu jam tawaf tersebut sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.
Jaminan
Tambahnya, pelanggan yang membeli jam tawaf tersebut diberikan jaminan selama setahun. Andai ada kerosakan atau kehabisan bateri dalam tempoh tersebut, pelanggan boleh menghubungi pihaknya untuk digantikan dengan jam baharu.
Selepas tempoh setahun, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak 50 peratus daripada harga produk untuk mendapatkan jam gantian.
“Jika bateri habis, ia boleh diganti dengan bateri yang boleh didapati di kedai-kedai jam biasa. Namun, kalau masih dalam tempoh jaminan, hubungi sahaja pihak kami kerana anda tidak perlu membayarnya.
“Selain daripada jam tawaf jenis ini, Hijra Timepiece akan menampilkan jam tangan pasangan dan jam loceng dalam masa terdekat,” ujarnya ketika ditemui di Karnival Semarak Syariah yang berlangsung di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
SETIAP jam didatangkan dalam bungkusan kotak yang kemas dan cantik.
Jualan
Katanya, jualan jam tawaf sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan merasakan ia sesuatu yang baharu walaupun ia sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu.
Jam tawaf juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan dengan memberikan keseimbangan badan, ketenangan fikiran, mengasah bahagian otak sebelah kanan, membetulkan aura si pemakai serta sesuai dipakai oleh pesakit kanser kerana dipercayai dapat memusnahkan sel-sel kanser.
“Penjualan jam tawaf ini dibuat secara dalam talian iaitu di Facebook, manakala orang ramai juga boleh mendapatkan secara terus apabila kami menyertai karnival.
“Jam yang dipesan secara dalam talian akan dihantar menggunakan pos laju di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Para pelanggan akan mendapat jam mereka dalam tempoh dua hingga tiga hari,” katanya sambil memberitahu jam tersebut dijual pada harga RM110 secara dalam talian serta mendapat seutas tali jam percuma.
Mohd. Wieza memberitahu, pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang mahu menjadi ejen jualan jam tawaf tersebut.
Sesiapa yang berminat untuk membeli jam tawaf tersebut atau menjadi ejen boleh mengunjungi laman web www.facebook.com/HijraSelangor dan http://hijraselangor.blogspot.com.
0 comments:
Post a Comment