Assalamualaikum Semakin hampir dengan hari mengundi, semakin terbongkar taktik penipuan BN. Banyak yang boleh diperkatakan tentang bukti kepada percubaan menipu dan semua lapuran akhbar media perdana tidak boleh dipercayai.Paling menyakitkan hati saya dan saya kira ramai rakyat Malaysia ialah pengakuan pemimpin UMNO bahawa Bangla serta warga asing yang diangkut dari Sabah itu adalah mpengundi berdaftar.Macam mana Bangla yang lahir di Bangla, datang ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi tiba tiba boleh jadi pengundi berdaftar?
Rasa sungguh geram kepada pengerusi SPR yang berkata rakyat Malaysia tiada hak untuk menghalang Bangla mengundi kerana mereka ada IC.
Apatah lagi sebelum ini akhbar media perdana melapurkan PR sengaja menuduh kerana takut kalah dan untuk melakukan huru hara.Geram sungguh rasa hati dengan puak puak ini.Juga tambah sakit hati apabila percubaan mengalihkan peti undi di balai polis cuba dinafikan sebagai kertas undi kosong yang dibawa untuk semakan.Apa, ingat rakyat buta dan tidak dapat melihat apa yang berlaku?
Apa tujuan BN melakukan semua ini? Apakah mereka mahu melihat pertumpahan darah apabila rakyat bangkit menetang semua penipuan ini? Perbuatan memberi IC dan mendaftar pengundi dari warga asing tidak boleh dibiarkan.Pengalaman di Lahad Datu menjadi pengajaran besar buat kita semua agar tidak berulang lagi di masa hadapan.Negara perlukan perubahan dan perubahan ini tidak mampu lagi ditangguh.Negara perlu diselamatkan dari kuasa asing menerusi warga asing.Untuk itu rakyat tidak perlu takut kepada bangsa asing yang merupakan warganegara Malaysia tetapi patut insaf dengan bahaya warga asing yang bukan warganegara tetapi diberi kewarganegara semata mata untuk menjaga kepenting BN.
Rakyat boleh melakukan perubahan sekarang dengan memilih mengundi PR dan kalau majoriti rakyat memilih PR, undi warga asing tidak akan memberi kesan tetapi yang ditakuti ialah sekiranya undi yang menghampiri 50% rakyat diberikan kepada BN, ada kemungkinan BN akan terus berkuasa dengan pertolongan warga asing.
Oleh itu setiap undi kepada BN bakal membawa kemusnahan negara dalam jangka panjang dan yang menanggung kemusnahan itu ialah generasi anak cucu kita.Jadi jangan biarkan anak cucu menyalahkan kita kerana memberi undi kepada BN.
Satu perkara yang membuatkan BN naik toncang ialah penglibatan anggota Polis dan Tentera yang ada senjata membantu mereka melakukan kemusnahan ini.Kelibat Bangla di KLIA masih dikawal rapi oleh anggota Polis yang semuanya warga negara yang sah.Alangkah pelik dan malang bagi kita, warga negara yang sah yang bekerja sebagai anggota Polis mengawal dan memberi banyak keistimewaan kepada warga asing yang merempat di negara mereka? Saya ingn bertanya kepada anggota polis sekelian, apakah perasaan anda bersubahat dengan BN? Bangga?
Sedarlah wahai anggota Polis sekelian, Anda sebenarnya bekerja untuk rakyat bukan untuk warga asing, patut menjaga keselamatan rakyat bukan warga asing malah warga asing jugalah yang telah membunuh rakan rakan anda di Lahad Datu.
Lantaran itu saya menyeru anggota Polis agar kali in tidak lagi patuh kepada BN yang hanya akan menghancurkan negara satu hari ini.Kali ini anda diperlukan menjaga keselamatan rakyat dan membantu rakyat membawa pengkianat negara ke muka pengadilan.
Seiring dengan itu juga, saya menyeru anggota Tentera yang sudah mempunyai ramai mantan pemimpinnya bersama PR agar turut memastikan tiada rakyat yang terkorban seandainya terpaksa bertembung dengan warga asing di hari mengundi nanti.-Tranungkite
Saturday, May 4, 2013
Seruan untuk anggota polis dan tentera, ayuh bersama rakyat perbetul negara!
Posted by Suhaimi at 11:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment