Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, May 17, 2013

Pengerusi sekolah Kristian sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi


MaryYap
Najib Razak dah menyenaraikan senarai kabinetnya. Salah seorang ahli kabinet Najib adalah seorang Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia)  iaitu Datuk Mary Yap Kain Ching.

Malang kerana dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Dia juga merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar dapat disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)  mempersoalkan apakah agenda Najib Razak membawa masuk individu sebegini di dalam Kementerian Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat?

Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Adakah blogger-blogger UMno tak melenting dengan isu ini? Perkasa, Jati kenapa menyepi?

0 comments: