
Guan Eng Terus Malukan BN- 
Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala  Seramai 24 
penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat   yang 
bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung   itu 
dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata,   pemberian 
itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan   Negeri 
yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.“Kita 
bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak  
bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak
  mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.
 
  
“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama  
penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala.  
Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.
 
  “Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah  
kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka 
 tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.
 
 
 “Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju 
untuk  mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana 
mereka  menerima cadangan Kerajaan Negeri.
 
 “Setelah berunding, 
seramai  24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan 
namun  sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat
 janji  kosong dan menipu,” katanya.
 
 Sementara itu, seorang 
penduduk,  Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama 
dua tahun  akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua 
tingkat yang  selesa untuk didiami bersama anak-anak.
 
 “Selama 
ini saya hanya  menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas 
rumah saya  dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian 
ini,” katanya.
 
  Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan 
kunci rumah kepada semua  penduduk kampung itu termasuk sembilan 
keluarga Melayu... Mana TV3??  Mana utusan?? Mana Umno???
Thursday, May 16, 2013
Guan Eng Terus Malukan BN
Posted by Suhaimi at 10:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
0 comments:
Post a Comment