Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, May 7, 2013

Khalid Samad: PR sudah menangi hati rakyat

Khalid Samad
Khalid menunjukkan lilitan hitam yang dipakai sebagai tanda protes ketidaktelusan SPR semasa PRU13.ambah kapsyen
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tanda telah diterima rakyat berikutan jumlah undi keseluruhan berjaya mengatasi Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, jumlah undi seluruh negara sebanyak 5.6 juta memilih PR manakala BN pula hanya 5.3 juta.

“Tetapi kaedah persempadanan diamalkan, BN mendapat majoriti di Parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Pemimpin Umno-BN seharusnya lihat dan sedar bahawa mereka telah ditolak oleh kebanyakan rakyat di negara ini,” katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor, Seksyen 7, di sini semalam.

Beliau berkata, kemenangan pasti memihak kepada PR sekiranya media di negara ini bebas melaporkan keadilan kedua-dua belah pihak.

“Saya percaya sekiranya kita bertanding dan semua media melaporkan secara adil umpama bertanding di atas padang yang rata sudah pasti kita percaya rakyat majoriti berkehendakkan PR untuk memerintah.

“Pada hakikatnya PR telah memenangi hati rakyat dan janganlah BN tidak sedar tentang itu dengan bangga menyatakan telah mendapat mandat daripada rakyat,” katanya.

Kelmarin, Khalid menewaskan calon BN , Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti undi 10,939 bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

Khalid mempolehi 49,009 undi manakala Zulkifli 38,070.-Sinar

0 comments: