Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, May 11, 2013

NGO dan Mahasiswa Hantar ‘Keranda’ Untuk Pengerusi SPR

'Keranda' Untuk Pengerusi SPR 02
'Keranda' Untuk Pengerusi SPR 03
PUTRAJAYA 10 MEI : Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan mahasiswa mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof agar meletakkan jawatan segera.

Ia berhubung pelbagai dakwaan kegagalan suruhanjaya itu dalam mengendalikan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) lepas dengan telus dan adil.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, pada 18 Mei ini satu himpunan lebih besar rakyat membantah penipuan SPR akan diadakan dalam masa terdekat yang akan diumumkan kemudian.

“Kami menuntut dengan jelas untuk dikembalikan semula sistem demokrasi, dengan kebangkitan rakyat hari ini kamu tidak berjaya melenyapkan suara kami,

“Wahai anak muda kekalahan dan kemenangan itu tidak terletak hanya di atas kertas undi, kekalahan adalah apabila kita terus berdiam diri, percayalah apabila kita terus bangkit kemenangan berada di pihak kita dengan negara ini perlu diselamatkan,” kata Badrul Hisham.
'Keranda' Untuk Pengerusi SPR 02

Desakan itu dilakukan kira-kira 50 orang daripada pelbagai NGO dan mahasiswa di hadapan Bangunan SPR di sini dengan kebanyakkan mereka memakai baju hitam simbol matinya demokrasi di negara ini.

Mereka turut membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis ‘PRU 13 adalah yang paling kotor’ mereka turut melaungkan ‘Tukar SPR’ dan ‘Anak Muda Mahukan Keadilan’.

Turut kelihatan juga ialah kira-kira lebih 20 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang semasa ucapannya berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk Abdul Aziz memberikan respon terhadap tuntutan mereka.

“Kami sebagai badan bebas dan juga pemerhati politik merasa kecewa dengan unsur – unsur penipuan yang berlaku sebab itu kita berjumpa dengan SPR untuk mendapatkan penjelasan apa sebenar yang berlaku.

“SPR tidak wajar bersikap bias, kita menolak sebarang unsur penipuan yang berlaku,” kata Safwan.
'Keranda' Untuk Pengerusi SPR 03 -selangorku

0 comments: