Oleh DD
 
 
 SENAI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memberi amaran keras kepada  UMNO negeri supaya tidak bertindak luar batasan dengan menyentuh  sensitiviti rakyat Johor sehingga menyebabkan Duli Yang Maha Mulia  (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,  murka.
Amaran itu dikeluarkan selepas Pakatan Rakyat (PR) menemui beberapa kain  rentang yang tertera gambar Tuanku di bahagian kiri bawah bersama  gambar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng  dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PR mendakwa, kain rentang yang tertera ‘PKR Johor Menyokong penuh Datuk  Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB (Menteri Besar)  Johor’, dilakukan UMNO.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat AMK negeri di Balai Polis Gelang  Patah, kelmarin, bagi mendesak polis melakukan siasatan terperinci  berhubung penyebaran poster yang dianggap sebagai mencemarkan imej PR.
Ketuanya, Zabidie Abas berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis  Gelang Patah sebagai langkah susulan berhubung penemuan kain rentang di  beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.
“Ayat yang tertera di kain rentang itu jelas berunsur perkauman yang  boleh menggugat kesejahteraan rakyat terutama rakyat Johor. Jadi di sini  kami nafikan penyebaran kain rentang itu dilakukan PKR,” katanya kepada  :Sinar Harian:, semalam.
Menurutnya, beliau berharap individu atau syarikat yang menerbit dan  mencetak kain rentang itu patut dikenakan tindakan sewajarnya.
“Ini adalah satu tindakan di luar batasan kerana DYMM Sultan Johor telah murka,” katanya.
Terdahulu, Jui Meng mengulas penemuan beberapa poster di sekitar Johor  yang meletakkan gambar Jui Meng bersama DYMM Sultan Johor yang mahukan  beliau menjadi Menteri Besar Johor didakwanya sebagai ‘kerja’  orang-orang UMNO.
“UMNO tidak tahu undang-undang Johor ke? Untuk jadi Menteri Besar Johor  mesti orang Melayu dan Islam, mereka sengaja mahukan DYMM Sultan Johor  murka kepada kami,” katanya.
Wednesday, August 11, 2010
AMK beri amaran kepada UMNO Johor
Posted by Suhaimi at 2:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment