Oleh DD 
 
Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui  Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor  sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti  pembangkang itu.
Menurut Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang  laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan  menunggang motosikalnya.
Katanya, kerja pihak  tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan  dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.
"Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.”
Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur  selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu  pejabat polis Batu Pahat.
"Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya,  adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40  laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu.
“Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga  mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis.”
Bekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih  dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi  peguamnya, Sankara Nair.
Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa  kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh  PKR.
"Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini,” katanya.
Thursday, August 12, 2010
PKR Johor Cuba Di Sebotaj Oleh Siapa??
Posted by Suhaimi at 12:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
0 comments:
Post a Comment