Oleh Pas Sembrong
Api terus membara di Rusia.
MOSCOW: Pihak berkuasa Russia semalam berkata, kebakaran yang berlaku di kawasan berhampiran sebuah loji nuklear rahsia sudah berjaya dikawal.
Pengumuman itu dibuat ketika Russia dituduh cuba melindungi ancaman akibat kebakaran di hutan yang tercemar akibat bencana nuklear Chernobyl.Kebakaran hutan dan tanah gambut di kawasan luar bandar di tengah Russia yang sudah mengorbankan kira-kira 50 orang itu turut meningkatkan kebimbangan mengenai keadaan keselamatan lokasi strategik yang berbahaya yang terletak di sekitar kawasan kebakaran.
Kebimbangan paling besar ialah kebakaran di kawasan hutan simpan berhampiran pusat kajian nuklear utama Russia di Sarov, bandar yang ditutup kepada pelawat asing sejak era Soviet lagi.
Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, mereka sudah mengambil langkah penting untuk menangani krisis berkenaan.
“Keadaan adalah stabil dan terkawal. Tidak ada kebakaran di kawasan Sarov,” kata Ketua Cawangan Kementerian Bencana di wilayah Volga, Igor Panshin.
‘Kebakaran di kawasan tenggara yang bersempadan dengannya sudah dipadamnya,” katanya. - AFP
0 comments:
Post a Comment