Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, August 3, 2010

FRIM hasil Tongkat Ali tiga kali lebih hebat

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya menghasilkan kandungan bahan kimia Tongkat Ali yang mempunyai khasiat lebih tinggi berbanding dengan Tongkat Ali yang tumbuh secara semula jadi.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, berkata bahan kimia itu diperolehi dari akar rerambut Tongkat Ali yang dihasilkan dalam makmal FRIM menerusi alat bioreaktor.

"Kekuatan bahan kimia Tongkat Ali jenis ini adalah tiga kali ganda lebih hebat," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma Ke-12 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, kaedah itu juga akan memendekkan tempoh masa untuk mengambil hasil Tongkat Ali.

"Dengan menggunakan bioreaktor, Tongkat Ali yang biasanya akan mengambil masa tujuh hingga lapan tahun untuk diambil akarnya, hanya akan mengambil masa enam bulan sahaja," katanya.

Abd Latif berkata, menerusi kaedah berkenaan, keuntungan yang bakal diperolehi dari produk Tongkat Ali di negara ini yang kini bernilai kira-kira RM100 juta setahun, dijangka dapat ditingkatkan berlipat kali ganda.

- Bernama

0 comments: