Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, August 8, 2010

Melaka - Lelaki baru keluar penjara amuk hajat tak ditunai

Oleh Metro Online


MELAKA: Akibat tidak mampu menahan nafsu bergelora sebaik bebas penjara, seorang lelaki bertindak ala gangster hingga menyebabkan anak lelakinya cedera pada mata kanan selepas keinginannya untuk bersama bekas isteri ditolak.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.15 malam Sabtu lalu ketika wanita berusia 21 tahun terbabit bersama anak lelakinya yang berusia 11 bulan berehat di rumah mereka di sebuah perumahan di Bandar Hilir, dekat sini, sebelum didatangi bekas suami.

Ibu muda yang enggan dikenali itu berkata, dia terkejut melihat bekas suaminya berusia 33 tahun bersama empat rakan muncul di hadapan rumah sambil mundar-mandir dan menjerit menyuruhnya membuka pintu, namun dia tidak mengendahkan kerana hanya mereka berdua di rumah ketika itu.

Menurutnya, keadaan menakutkan apabila lelaki berkenaan bersama rakannya membawa kayu, rantai besi dan pisau sambil mengetuk pintu berkali-kali sebelum cuba memecahkannya.

“Apabila pintu rumah pecah dan berlubang, mereka baling pasu bunga dari arah luar. Serpihan pasu itu terkena mata kanan anak menyebabkannya cedera dan menangis.

“Berikutan itu, saya menghubungi abang sulung memaklumkan kejadian itu dan dia menelefon polis.

“Polis yang tiba setengah jam kemudian menahan bekas suami saya sebelum dibawa ke Balai Polis Bandar Hilir untuk siasatan, manakala rakannya menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Menurutnya, bekas suaminya itu sebelum ini meringkuk di Penjara Kajang, Selangor, atas kesalahan dadah, dan selepas dibebaskan 29 Julai lalu, dia memberi kebenaran melihat anak mereka tetapi lelaki itu mengugut mahu melarikan bayi mereka, jika dia enggan merujuk semula.


Katanya, lelaki berkenaan tidak pernah berputus asa apabila cuba menghubunginya berulang-kali untuk berjumpa dan pada malamnya, dia datang ke rumah dalam keadaan marah sambil merayu untuk melakukan hubungan seks dengannya, tetapi ditolak dengan baik.

“Saya terlalu bimbang pada masa itu kerana abang sulung tiada dan saya kata kalau nak jumpa kena tunggu abang saya ada di rumah.

“Dia menepuk dinding dengan kuat meluahkan kemarahannya kerana kami bukan suami isteri lagi,” katanya.

“Keesokannya, bekas suami datang semula ke rumah bagi mengulangi permintaannya untuk menyetubuhi saya, namun sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila dia datang bersama empat rakannya untuk menuntut bagi memenuhi nafsu seksnya,” katanya.

Menurutnya, dia berkahwin dengan bekas suaminya yang terbabit dalam kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah itu pada pertengahan tahun lalu selepas lima bulan mengandungkan anak lelakinya.

0 comments: