Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, August 1, 2010

Awas! PAS di"sengat" kali kedua?

Oleh: tokpepijat


Sirah Nabawiyyah tercatat kisah seorang musyrikin Quraiys Mekah yang bernama Abu Izzah Al Jumahi yang dapat ditawan dalam Ghazwah Badar. Beliau memohon dan merayu kepada Rasulullah agar dibebaskan. Beliau berjanji tidak memerangi Islam lagi. Akhirnya beliau dibebaskan dan kembali ke Mekah.

Setahun kemudian dalam Ghazwah Uhud, beliau ditawan lagi oleh Tentera Islam. Beliau memohon dan merayu kepada Rasulullah agar dibebaskan dengan janji kali kedua.

Sabda Rasulullah SAW, " Demi Allah,nanti engkau tepuk pipimu apabila sampai di Mekah dan berkata,Aku dapat menipu Muhammad 2 kali ".

Sabda Rasulullah lagi," Orang Mukmin tidak akan disengat 2 kali dari lubang yang sama."

Akhirnya Abu 'Izzah Al Jumahi di hukum bunuh..

Dulu, selepas UMNO tewas banyak kerusi dalam PRU 1999 yang menyebabkan kehilangan Terengganu, maka timbullah suara-suara mahukan perpaduan.

Berbuih-buih mulut menyebut perpaduan. Siang malam.. Di dada akhbar barua setiap hari tersiar ucapan mahukan perpaduan antara PAS-UMNO.

Ketika itu arwah Ustaz Fadzil Nor menerajui PAS. Maka pada tahun 2001, PAS meletakkan pra syarat untuk rundingan perpaduan. Antaranya permit 2 kali seminggu akhbar Harakah mesti dikembalikan dan wang royalti minyak Terengganu mesti dikembalikan setelah di"rompak" oleh Dr Mahathir atas nasihat UMNO Terengganu. Itu antara pra syarat untuk rundingan perpaduan.


Sebagai permulaan pertemuaan awal antara wakil PAS yang diwakili Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan Setiusaha Agung UMNO Khalil Yaakob diadakan. Berkelip-kelip cahaya kamera menyinari wajah mereka berdua. Esoknya di dada akhbar barua terpapar gambar dan laporan tentang pertemuan tersebut.

Itu sahaja yang berlaku. Selepas itu tiada lagi pertemuan itu. Tiada lagi ura-ura untuk perpaduan PAS-UMNO. Mengapa?

Itulah kecerdikan dan kepintaran Mahathir dan UMNO "menyengat" PAS. Selepas UMNO menang besar PRU 2004., segala usaha kearah itu sudah dilupakan. Mengapa? Kerana UMNO sudah kuat dan gagah. Kerana UMNO sudah berjaya merampas Terengganu dan kerusi-kerusi PAS dan PKR.

Soal perpaduan sudah di"campak" jauh-jauh dari benak kepala pimpinan UMNO. UMNO sudah menang besar, mengapa perlu perpaduan? Itulah realitinya wajah sebenar UMNO. Macam Abu 'Izzah !

Itulah yang perlu dimengertikan, difahami, dipelajari oleh pimpinan PAS. Cukuplah kita "disengat" entah berapa kali oleh UMNO.

Perangai UMNO samalah semasa Tentera Israel diambang kekalahan dalam Perang Ramadhan /Yom Kippur. Setelah hampir tewas, tiba-tiba timbullah istilah "pendamaian dan gencatan senjata".

Mungkin inilah pelajaran berguna buat UMNO dari penasihatnya APCO untuk hadapi PAS.

Kini, selepas PRU 2008 dan UMNO tewas banyak kerusi dan hilang banyak negeri , "lagu dan taktik" yang sama berkumandang.

UMNO sedang memasang jerat untuk memastikan musuhnya(PAS) masuk lubang buat sekian kalinya.

0 comments: