Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, August 29, 2010

Mari Gunakan Enjin carian Islami “I'm Halal”

Tentunya di Maalaysia masih belum meluas penggunaannya. Ia adalah enjin carian Islami I`m Halal, sebuah mesin pencari (search engine) Islami pertama di dunia yang dibina oleh seorang Mahasiswa Amsterdam (Belanda), Reza Sardeha. Beliau merupakan mahasiswa Pengurusan Perniagaan yang baru berusia 20 tahun.

Usaha anak muda ini patut dicontohi insan Muslim lain sebagai tindakan realiti yang berusaha membangunkan dunia Islam berbanding mereka yang hanya sibuk bercakap tanpa melakukan apa-apa tindakan (sebagai peringatan buat diri ini juga, insya-Allah).

Pelancaran enjin carian Islami pertama ini mendapat sambutan luar biasa bukan hanya daripada kalangan masyarakat Islam, tetapi juga daripada kalangan bukan Islam, seperti yang dikatakan oleh pengasas The Times, “Kami mendapat banyak maklum balas positif daripada bukan Islam yang mengatakan akan menggunakan imhalal.com sebagai homepage agar anak-anak mereka melayari internet tanpa membuka halaman yang tidak selayaknya.”

Reza Sardeha mengatakan bahawa beliau memperoleh ilham membuat laman web ini setelah beliau dan kawannya bertungkus lumus mencari maklumat-maklumat yang lebih spesifik mengenai mesin pencari konvensional seperti Yahoo! dan Google.

Apa yang menariknya, enjin carian I'm Halal ini bekerja dengan menempatkan istilah pencarian yang diberikan ‘peringkat haram’ dengan menunjukkan bahawa ada hasil yang dicari menyentuh perkara yang dilarang oleh Islam.

Penapis (filter) yang digunakan bersifat statik tetapi terdiri daripada tiga lapisan berbeza yang berfungsi untuk memberikan pengguna sebuah mesin pencari terbaik mengikut syariat.

“Pertamanya, kami telah memblok seluruh pencarian yang secara jelasnya berkaitan seksual. Sebelumnya kami juga telah berdiskusi dengan beberapa imam (ulama) untuk menentukan yang mana yang haram sehingga harus diblok. Untuk pencarian istilah babi, binatang yang tidak boleh dimakan, akan keluar peringatan bahawa kata tersebut masuk sebagai ‘haram peringkat satu’, dan pengguna akan diberitahu bahawa hasil yang dicari adalah tidak baik. Pengguna tersebut kemudian diberi pilihan untuk melihat hasil lainnya atau menggantikan pencariannya," jelas Reza Sardeha.

“Kami berharap moga dalam masa sekitar satu tahun enjin carian kami akan menjadi yang paling banyak digunakan di Timur Tengah dan menjadi enjin carian ketiga yang paling banyak digunakan di dunia,” katanya.

“Selain pencarian, kami juga akan mengetengahkan kemudahan tambahan dalam waktu terdekat ini seperti Widgets Islam," ujar beliau lagi.

Untuk mengetahui informasi lengkap tentang I`m Halal ini sila berkunjung ke http://www.imhalal.com/blog


0 comments: