Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 16, 2010

Tasik di Port Dickson jadi tapak Loji Nuklear Negara

Oleh Tranungkite

"

Ketua Biro Harian Metro

RAHSIA TERBONGKAR : TASIK BUKIT KEPONG PORT DICKSON JADI TAPAK LOJI NUKLEAR NEGARA! RAHSIA KENAPA Tasik Bukit Kepong berdekatan Kampung Bukit Tembok, di Port Dickson sengaja "dirosakkan' oleh kerajaan negeri semakin terbongkar berikutan penemuan beberapa kata kunci dan maklumat yang diperolehi Singalautmetro daripada pihak tertentu di negeri itu.


Semakan dan siasatan yang dilakukan berdasarkan maklumat diperolehi adalah amat mengejutkan kerana tasik berkenaan rupanya telah dilobi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dijadikan tapak loji nuklear pertama negara.

Malah, kenyataan yang dipetik daripada Ketua Pengarah Agensi Nuklear, Datuk Dr Daud Mohamad, sebelum ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Mohamad Hassan dalam diam membelakangkan kepentingan penduduk dengan melobi tasik itu sebagai tapak 'bom jangka'.

Menurut Dr Daud, memang benar Negeri Sembilan adalah antara negeri yang melobi kepada kerajaan pusat untuk menawarkan tapak bagi pembinaan loji nuklear berkenaan. Untuk rekod, TNB akan dilantik sebagai pihak bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan.

Selain itu, kesitimewaan Tasik Bukit Kepong yang mempunyai ciri kawasan pemampan lebih 10 kilometer serta mampu menyediakan tapak sekurang-kurangnya 80 hektar dikatakan turut menarik minat Najib berbanding lokasi lain. Kos pembinaan loji itu dikatakan di antara RM6.5 bilion dan RM9.5 bilion.

Menerusi semakan dan siasatan juga, memang tidak boleh ditolak bahawa tasik itu sebenarnya adalah antara lima lokasi yang telah di lobi oleh dua kerajaan negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Perak kepada kerajaan persekutuan untuk diuruskan oleh TNB.

Namun kewujudan Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson menjadikan Tasik Bukit Kepong sebagai pilihan. Kehadiran stesen janakuasa itu menepati jarak dan keperluan teknikal untuk dijadikan kembar kepada loji yang bakal dibina.

Kini walaupun kerajaan negeri masih berahsia, namun bau 'nuklear' itu seolah-olah semakin terhidu. Ia hampir pasti menjadi kenyataan dengan keadaan tasik yang semakin kering airnya. Bagaimanapun, tindakan Mohamad Hassan yang terlalu berahsia dijangka akan dibalas dengan tindakan luar duga penduduk yang pasti menentang pembinaan loji itu.

Walaupun keputusan pemilihan lokasi hanya akan diumumkan oleh Najib pada 2012, pembinaan loji yang dijangka bermula 2015 itu pasti mencetuskan satu isu baru di peringkat nasional. Sikap dan cara kerajaan negeri membuat keputusan membelakangkan penduduk menjadi faktor utama kenapa nanti ia akan mendapat tentangan besar-besaran.

Mohamad Hassan dan kroninya pasti tersenyum jika loji itu dibina. Tapi bolehkah dia tidur lena apabila alam sekitar dimusnahkan dan kepentingan penduduk berdekatan langsung tidak diberi perhatian. Kawasan tasik itu akan terus menjadi panas sepanas loji berkuasa 1,000 MW yang dikatakan berupaya menghasilkan tenaga di antara 14,000 hingga 18,000 MW. Kini kain semakin terselak dan teka-teki mulai dibeli orang.

Tasik Bukit Kepong hanya akan tinggal nostalgia selepas berkhidmat lebih 40 tahun mengalirkan air ke kawasan sawah. Jadilah ia padang jarak, padang terkukur. Pupuslah ikan baung, kepar dan ikan biji nangka serta bujuk. Lenyaplah buaya tembaga yang tak pernah dipedulikan Mohamad Hassan bersama berkuburlah juga habitat sang sawa sebesar anakonda di tasik penuh sejarah itu!


0 comments: