Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, August 3, 2010

Bekas ADUN Permatang (Selangor) Serta Pembantu Wanita Mati Ditembak

Sumber MStar



PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati ditembak di dalam sebuah kereta.

Kereta putih yang dinaiki mereka ditemui tersadai di tepi pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Buluh pagi tadi. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Tambah Khalid, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri, lain-lain butiran kita tak boleh beri setakat ini... biarlah polis siasat dahulu," katanya.

Katanya lagi, hasil maklumat saksi mengesahkan tiada individu lain dalam kereta mangsa ketika kejadian.

Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.

Allahyarham juga, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Sementara itu, anaknya Anis Abdul Aziz adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.


0 comments: