Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas 
bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika 
menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.
Beliau
 baru-baru ini mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang 
simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 
1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.
Menteri Dalam 
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan perkara itu 
hari ini berkata, terma rujukan panel itu akan ditetapkan dalam tempoh 
beberapa hari lagi dalam mesyuarat pertamanya.
Anggota lain panel itu termasuklah:
- Bekas ketua hakim Borneo Tan Sri Steve Sim.
 - Editor Pengurusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub.
 - Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan.
 - Pengurus besar kanan hal ehwal korporat Petronas Datuk Medan Abdullah.
 - Ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
 
0 comments:
Post a Comment