Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, May 16, 2012

Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)

Sumber Beritasemasa

Illicit Fund Malaysia Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!
Ada yang mengatakan rasuah di Malaysia berjaya diatasi di Malaysia secara drastik di mana penyelewengan skandal lembu fidlot kebangsaan yang meletus sehingga menyebabkan projek yang mendapat tekanan daripada pelbagai pihak dan terpaksa diberhentikan untuk siasatan selepas 6 bulan lamanya skandal tersebut dibongkarkan satu persatu. Bagi kami, angka RM250 juta dana fidlot yang telah diseleweng itu, hanyalah jumlah yang kecil sahaja.


Ini kerana…laporan yang dikeluarkan oleh Global Financial Integritiy (GFI) meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke 5 tertinggi di dunia melibatkan kes aliran wang negara yang dibawa keluar secara haram dari Malaysia. Angka terkini mencatatkan Malaysia telah kehilangan wang secara haram sejumlah US$338 iaitu bersamaan RM1.052 trillion sejak tahun 2000 sehinggalah tahun 2009 berbanding laporan GFI antara tahun 2000-2008 mencatatkan aliran wang haram sekitar US$291 bilion.

illicit Fund Flows Malaysia Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!

Bagi negara kecil seperti Malaysia yang hanya memiliki sekitar 28 juta penduduk, angka bagi aktiviti aliran wang haram sebanyak RM1 trillion merupakan satu angka yang cukup-cukup besar dan tidak boleh sama sekali dipandang enteng. Sayang sekali, kami belum melihat laporan seperti ini dipandang serius oleh media-media arus perdana dan pihak berkuasa.

Apa itu illicit Fund (Wang Haram)?

Bagi yang masih-masih samar-samar dengan istilah illicit fund biarkan kami beberapa contoh untuk mudah anda memahaminya. Bagaimana illicit fund (aliran wang haram) ini boleh terjadi di sesebuah negara seperti Malaysia? Antaranya ialah melibatkan aktiviti seperti :
  1. gejala rasuah yang berleluasa
  2. pengubahan wang haram
  3. urusniaga dadah
Wang-wang haram ini dibawa keluar dan disimpan di Swiss Bank, London dan beberapa bank antarabangsa yang lain.
Illicit Fund 2012 Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!
Sebenarnya aliran wang haram yang berlaku di Malaysia ini boleh disamakan dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara sebagaimana “keberanian laporan berita akhbar utama di India” ketika membuat laporan mengenai kes aliran wang haram haram ini (illicit fund) di sana….
illicit fund flows India Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!
Bagi kami, jika kerajaan sudah bersedia untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional sesegera mungkin bukan sekadar “kosmetik” disebalik dalang yang menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit, ini sebenarnya memberikan kelebihan dan kredit kepada kerajaan juga apatah lagi bagi menangani persepsi rakyat Malaysia sebelum menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ini kerana, jika “jerung-jerung” yang selama ini bebas berkeliaran di Malaysia meneruskan aktiviti haramnya tanpa gangguan berjaya ditangkap, insyalllah lebih banyak wang rakyat dapat diselamatkan dan dipulangkan semula kepada rakyat Malaysia untuk “menikmatinya”.

0 comments: