Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, May 2, 2012

Tan Sri Khalid cadang pendekatan baru tamatkan konsesi tol


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mencadangkan satu mekanisma untuk menamatkan konsesi lebuh raya selepas sesuatu syarikat mencapai sasaran keuntungan untuk projek berkenaan.

Cadangan ini dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataannya hari ini.

Kerajaan negeri, kata Khalid,  telah mencadangkan kepada LLM supaya satu klausa keluar (exit clause) dimasukkan dalam kesemua perjanjian konsesi lebuhraya bertol iaitu berkaitan dengan “construction profit” dan “equity return”.

Klausa ini akan membolehkan perjanjian konsesi ditamatkan lebih awal dari masa yang ditetapkan apabila syarikat mencapai sasaran keuntungan (projected profit) lebih awal.
"Apabila ini berlaku kutipan tol harus diberhentikan dan lebuh raya berkenaan perlu dikembalikan kepada pengurusan kerajaan," kata Khalid.

Apa yang berlaku pada masa lalu apabila syarikat konsesi terus dibenarkan mengutip tol walaupun syarikat konsesi telah pun mengaut keuntungan.

Penswastaan lebuh raya tidak boleh dibuat semata-mata memberi keuntungan mudah kepada syarikat konsesi di atas kos perbelanjaan rakyat, katanya.

Dalam kenyataan ini juga, Khalid memaklumkan, kerajaan negeri telah diberi penerangan tentang cadangan pembinaan Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

Secara prinsipnya, kata beliau, kerajaan negeri bersetuju dengan projek infrastruktur itu kerana ia akan membawa impak positif kepada pembangunan ekonomi negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, katanya, kerajaan negeri telah mengingatkan LLM bahawa perjanjian konsesi untuk kutipan tol di Lebuhraya SUKE perlu adil kepada rakyat dan syarikat konsesi yang dipilih dan tidak boleh berat sebelah yang hanya memberi manfaat kepada syarikat konsesi serta kadar tol yang munasabah.

Menurut Khalid, oleh kerana Kerajaan Persekutuan ‘underwrite’ aliran tunai bagi projek ini,
Walaupun Kerajaan Negeri menyokong usaha-usaha merangsang pertumbuhan ekonomi, ia perlu dilakukan tanpa menambah beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang sekarang ini terpaksa menanggung kos hidup yang tinggi.

Katanya, kerajaan Selangor menentang sebarang amalan urus-tadbir korporat yang berat sebelah  di mana keuntungan diswastakan sementara kerugian dihakmilikkan negara dan ditanggung oleh rakyat dan pembayar cukai.

0 comments: