Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, May 2, 2012

Piala FA: Sime Darby cipta sejarah layak ke final, singkir juara bertahan

WarkahDaily -- Pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC mencipta sejarah apabila buat pertama kali layak ke perlawanan akhir bola sepak Piala FA musim 2012 selepas menewaskan juara bertahan, Terengganu dengan agregat 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, awal malam tadi.

Sime Darby yang membawa bekalan selesa selepas mengejutkan tuan rumah 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu sebelum ini banyak bertahan dan sesekali melakukan serangan berbahaya.

KEPUTUSAN PENUH PIALA FA 1 MEI 2012

SIME DARBY FC0-0TERENGGANU
[Sime Darby layak dengan agregat 2-1]

KEDAH2-2KELANTAN
[Agregat 3-3, Kelantan layak, kelebihan 2 gol di tempat lawan]

Terengganu yang tertekan untuk mendapat gol pendahuluan nampaknya gagal apabila tuan rumah berjaya menjinakkan pelawat dengan keputusan muktamad 0-0 di separuh akhir kedua malam tadi.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Kelantan turut layak ke perlawanan akhir dengan kelebihan dua gol di tempat lawan selepas berjaya mengikat tuan rumah, Kedah 2-2 di Alor Setar.

Dalam perlawanan terdahulu di Kota Bharu, keputusan seri 1-1 dan dilihat Kelantan berdepan Kedah dalam separuh akhir kedua.

Dalam perlawanan malam tadi, Kedah dilihat sudah sebelah kaki ke final selepas di separuh masa pertama, Kyrill Muhaimin meletak tuan rumah di depan dengan jaringan 2-0.

Namun, di separuh masa kedua, Kelantan bangkit selepas beberapa minit sepak mula apabila Obina Nwari menjaringkan gol pertama pelawat. Lebih kurang 15 minit selepas gol pertama, Muhammad Ghaddar menjadi hero Kelantan selepas menyamakan kedudukan dengan gol kedua pelawat.

Keputusan 2-2 berakhir sehingga wisel penamat, Kelantan layak ke final selepas berkelebihan dua gol di tempat lawan walaupun keputusan 3-3 secara agregat.

Kelantan akan berdepan Sime Darby FC dalam perlawanan akhir yang akan diadakan pada 19 Mei depan.

0 comments: