Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, May 20, 2012

Muzakarah: Silap faham Muhyiddin

Oleh Ahmad Fadhli Shaari
Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.."

Suka saya membuat sedikit penjelasan terhadap kekeliruan Muhyiddin tentang sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku al-Mursyidul Am PAS. Di dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, YAB Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian. Antaranya sukalah saya merujuk kepada kronologi berikut :

1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 5 Februari 2011 yang antara lain menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran dakwaan yang menyatakan beliau mengeluarkan fatwa yang melanggar syarak. Antara lain beliau berkata, “Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik.." Kenyataan ini boleh dirujuk di pautan berikut :

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30703:belajar-kesan-ulama-mesir-yang-ditutup-mulutnya&catid=1:utama&Itemid=50
dan juga http://paspb2.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-lama-dah-tutup-mulut.html


2. Pada 20 Ogos 2009, YAB Tuan Guru sebagaimana dilaporkan BERNAMA juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu-isu yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Laporan BERNAMA di pautan berikut boleh dirujuk :

http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=434567

3. Bahkan pada tahun 2008, YAB Tuan Guru juga menyatakan kesediannya untuk bermuqabalah (bersemuka) dengan mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Ia boleh dirujuk melalui laporan BERNAMA di pautan :

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=349406&cat=ut
Justeru, apabila Muhyiddin menyatakan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah, ia menunjukkan kekeliruan di pihak Muhyiddin yang gagal membezakan antara muzakarah dengan penyatuan antara PAS-UMNO. Di dalam isu penyatuan PAS-UMNO, benar sekali YAB Tuan Guru konsisten menentang penyatuan ini yang dilihat hanyalah helah UMNO untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam pilihanraya. Kekeliruan Muhyiddin memahami perbezaan antara kedua-dua isu ini menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Muhyiddin sendiri yang menolak debat dengan pembangkang seperti yang dilaporkan di pautan berikut : http://malaysiakini.com/news/198296

Menolak debat dengan pembangkang namun dalam masa yang sama bersetuju dengan muzakarah bersama PAS membuktikan sedikit sebanyak silap faham Muhyiddin dalam isu ini. Sekalipun muzakarah dan debat berkemungkinan sedikit berbeza tetapi asasnya sama iaitu bertemu, berdialog dan berhujah. Apatah lagi jika muzakarah ditafsirkan sebagai penyatuan, ia lebih silap!

Hakikatnya, bukan YAB Tuan Guru yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah. Beliau hanya menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan pada 16 Mei 2012 yang lalu iaitu, "Adakah PAS sedia bermuzakarah?" maka jawapan dari YAB Tuan Guru ialah, "Ya.." Dipercayai soalan wartawan tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS yang memberikan respon ekoran kenyataan Mufti Perak yang menyatakan bahawa PAS telah terpesong daripada perjuangan Islam. Justeru, respon Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS ialah, "Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno..." (Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sedia-muzakarah-soal-islam-1.47630)
Kesimpulannya, pendirian YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf.

Ahmad Fadhli bin Shaari,
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 18 Mei 2012

0 comments: