Hari ini aku bacaa kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
 Omar yang menolak laporan kajian dari Merdeka Centre yang mengatakan 
92% daripada pengundi tidak percaya pada kebersihan sistem pilihanraya 
di negara kita. Alasannya adalah 1000 responden tidak mewakili 
keseluruhan rakyat negara.
Bagi mereka yang tahu konsep sampling dalam melakukan sebarang bancian 
tentu tak akan menolak kenyataan dari beliau. Memang segala kajain atau 
bancian daripada metodologi sampling boleh dipertikaikan. Prinsip asas 
sampling adalah semakin ramai atau semakin banyak responden, semakin 
tepat hasil kajian.
Kerja mengenal pasti sampling yang bakal digunakan untuk menggambarkan 
keseluruhan pendapat rakyat Malaysia memerlukan kajian terperinci dari 
segenap segi. Betul sebagaimana kata Wan Ahmad, kita tak boleh sekadar 
menemubual mat rempit untuk memberikan gambaran ia adalah pendapat 
rakyat Malaysia. Jadi aku setuju ada kebenarannya kata beliau.
Cuma aku tertarik dengan rumusan beliau berkaitan dengan hasil kajian tersebut. Berikut apa yang beliau katakan:
"beliau yakin bahawa pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan 
pilihan raya umum ke-13 yang akan datang atau marah jika Barisan 
Nasional (BN) terus berkuasa.."
Ada sedikit pelik dengan kenyataan di atas kalau pembaca perasan. Ia 
seolah-olah SPR mengjangkakan yang BN tetap akan menguasai Malaysia 
selepas PRU ke 13 nanti.

0 comments:
Post a Comment