Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, May 7, 2012

Kadar Tol di Malaysia Akan Diturunkan @ Mungkin Dimansuhkan!! Apa Respon Pengguna Tol Di Sini?

Sumber Beritasemasa

 Kadar Tol Malaysia Kadar Tol di Malaysia Akan Diturunkan @ Mungkin Dimansuhkan!! Apa Respon Pengguna Tol Di Sini?
Pastinya, tiada siapa yang tidak bersetuju jika suatu caj yang selama ini membebankan penggunanya, tiba-tiba ada laporan berita yang melaporkan cajnya bakal dikurangkan atau mungkin “suatu keajaiban” akan berlaku di mana ia akan dimansuhkan. Inilah kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.


Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor sendiri yang mengatakan :
“Saya gembira kerana syarikat konsesi lebuhraya telah menunjukkan sikap positif dengan tampil mengemukakan cadangan
Cukup memeranjatkan dan ada sesuatu yang tidak kena di sini jika merujuk semula trend “iklim di Malaysia”. Baik sungguh “budi bahasa” syarikat konsesi lebihraya? Inikan periuk nasi mereka? Mengapa mahu….
Kenapa syarikat konsesi yang berikan cadangan, bukannya kerajaan? Sudah terbalik pula? Kami harap benarlah cadangan seperti ini menjadi realiti.

Jangan sampai, semata-mata mahu mengurangkan kadar tol di Malaysia, akhirnya tempoh konsesi dilanjutkan. Pimai-pimai tang tu juga. Akhirnya, pusing-pusing pun yang untung besar, siapa sebenarnya?
Sila baca semula beberapa beberapa usul dan cadangan mengenai pengurangan/memansuhkan beberapa tol di Malaysia :
  1. Beberapa buah syarikat konsesi telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memansuhkan atau mengurangkan kadar tol di beberapa buah lebuh raya
  2. Membekukan kenaikan kadar tol dan mengekalkan kadar tol sedia ada untuk tempoh yang lebih lama
Seperti laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini, Hapus Tol PLUS “Bakal” Dilakukan Kerajaan Sekarang VS Malaysia Boleh Muflis!! Perniagaan konseasi lebuhraya ini adalah satu lapangan perniagaan adalah yang paling kurang berisiko dan sangat menguntungkan di Malaysia :
  1. Jika dibuatkan perbandingan antara kos pembinaan dan pendapatan yang diperolehi sejak dibuka, pulangan pelaburan yang telah dilakukan adakalanya mampu melebihi 900%
  2. Syarikat konsesi tol boleh dikatakan hampir mustahil untuk tidak balik modal. Jauh….sekali untuk rugi. Jikalau aliran kenderaan kurang, kerajaan kena top-up, akhirnya kerajaan kena beli semula lebuhraya yang “tidak laku”
  3. Syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui. Tetapi sekiranya kadar kenaikkan tidak dipersetujui, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada syarikat konsesi
Jikalau hanya mengurangkan kadar tol dan dalam pada masa yang sama pengguna tol akan terus-menerus “berkhidmat” dan menghulurkan sumbangan di setiap hentian yang diletakkan, kami kurang bersetuju. Yang untung sebenarnya konsesi tol juga.
  1. kadar tol turun : tempoh konsesi tol dipanjangkan
  2. tol hapus : kerajaan akan bayar pampasan
Bagi kami adalah lebih baik syarikat-syarikat konsesi yang sudah untung besar, dihapuskan sahaja. Kerajaan kena tampil berani daripada biasa dalam soal ini bagi membela nasib pengguna tol di Malaysia. Mereka sudah untung besar di atas satu “skim cepat kaya” yang dinamakan tol ini. Mengapa mahu “dibela” mereka lagi? Cukuplah…..
Dalam erti kata lain….
Sepatutnya mana-mana konsesi tol yang sudah melepasi “break-even cost” dan telah memperolehi keuntungan besar, kerajaan sepatutnya perlu mengambil alih konsesi tersebut. Takkanlah sampai 20-30 tahun pengguna tol harus terus menyara “syarikat konsesi tol ini”?
Kami yakin kerajaan boleh melakukannya jika slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mahu direalisasikan…Insyaallah.
P/S : Apa kata pengguna tol di Malaysia dengan cadangan terbaru mengenai penstrukturan semula tol-tol di Malaysia ini? Tol manakah yang membebankan anda selama ini?

0 comments: