Gaji hakiki Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh meningkat daripada RM600,000 pada 2009 kepada RM1.2 juta tahun lalu, demikian menurut maklumat laporan tahunan syarikat itu.
“DAP ingin bertanya kewajaran meningkatkan gaji ketua-ketua TNB ketika inflasi sangat tinggi dan purata pendapatan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mengalami kenaikan langsung,” kata Adun Komtar Ng Wei Aik dalam satu kenyataan hari ini.
“Dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus, ini adalah contoh klasik mengalih beban ke atas bahu rakyat,” katanya lagi.
TNB telah meminta kerajaan menaikkan tarikf elektrik sejak awal tahun ini ekoran kenaikan dalam perbelanjaan modal dan kenaikan harga bahan api.
Keuntungan sebelum cukai dan zakat syarikat itu RM4 bilion bagi tahun kewangan 2010, lebih dua kali ganda berbanding RM1.5 bilion yang ia capai tahun sebelumnya, demikian menurutn laporan itu.
Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus.
Sehubungan itu, Ng juga mengecam slogan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Dengan kenaikan kos hidup, ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Ia kini menjadi 1 Malaysia: Kroni Didahulukan, Prestasi Tidak!,” katanya
0 comments:
Post a Comment