Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, June 6, 2011

'Isu I/C jejas keselamatan negara'

http://www.marhaen.info/images/halangpenipuanjpnx.jpg
Perwakilan kawasan Kalabakan menggesa kepimpinan PAS di semua peringkat mengambil perhatian serius berhubung pemberian isu pemalsuan kad pengenalan kepada warga asing.

Menurutnya, ia merupakan isu penting kerana memberi kesan yang serius, khususnya terhadap keselamatan negera.

Ia juga memberi kesan lain apabila warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh akan mendapat peluang istimewa belajar, menjadi bumiputera, mendapat pinjaman pendidikan dan kemudiannya menjadi pegawai kerajaan.

"(Jadi pemberian kad pengenalan) ini satu pengkhianatan kepada negara... Sebab itu kita (minta) pendaftaran automatik, tetapi mereka (kerajaan) tak mahu," katanya sewaktu membahaskan usul di muktamar PAS di Gombak.

Sementara itu, perwakilan Pulai Zaaba Irahim kesal kepada kerajaan kerana tidak memberi maklum balas terhadap memorandum yang dihantar oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berhubung perkara itu.

Malah sebelum ini beliau membuat laporan polis yang memndakwa menjumpai 14 kad pengenalan lama bersama dengan tag nama BN yang dibuang di tempat perubahan sampah.

Tiada maklum balas

Beliau juga masih belum menerima apa-apa maklum balas berhubung aduan yang dibuatnya, dakwanya.

Sebelum itu, wakil Dewan Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan membentangkan usul tersebut.

Katanya, keselamatan dan kedaulatan negara akan terancam sekiranya pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik tidak dihentikan.

Beliau mendesak supaya suruhanjaya siraja bagi menyiasat perkara itu ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Katanya, dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, ahli-ahli suruhanjaya tersebut hendaklah dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali.

"(Kami) menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) khususnya, mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan (yang diberi pada warga asing).

"Dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri," usul itu dipetik.

Mohon perintah injunksi

Selain itu, exco Pemuda PAS itu menggesa jentera parti itu dan Pakatan Rakyat di setiap peringkat memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam jika didapati berlaku.

Berikut beberapa lagi tuntutan Dewan Pemuda melalui usul itu.

Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda (perhimpunan) BERSIH 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan.

Usul-usul tersebut Dewan Pemuda diterima sebulat suara lebih 1,000 perwakilan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, Gombak.

0 comments: