Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, June 24, 2011

Undi Awal Mungkin Ganti Undi Pos - SPR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3pU6iPVmdvGsL-PWG_jJe7Ci8OYOJfa1LDVcox25F-3Jat4Axqjov1w8MVRB_PfXflkZCoHy5L4aIrB8qCQE_FGd22yvc8OuvydSQwjw-zv7zR4YTtIBY3zBReVteZV4Gtz4ccWbvDVo/s400/dak.jpg
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkin memperkenalkan pengundian awal bagi menggantikan undi pos.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata melalui pengundian awal itu, SPR tidak akan lagi menggunakan borang atau sampul surat sebaliknya proses pengundian akan berlangsung seperti biasa tetapi awal sedikit dari yang ditetapkan bagi pengundi biasa.

Bagimananapun ianya tertakluk kepada pindaan akta tertentu, katanya ketika ditemubual dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio 24.

Abdul Aziz berkata undi pos yang ada sekarang amat teknikal hinggakan kesilapan kecil seperti salah mengisi alamat ataupun mengisi borang boleh menyebabkan undi berkenaan ditolak.

Ditanya mengenai kemungkinan dilaksanakan pengundian secara bergilir dalam kalangan anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera pada hari pengundian, Abdul Aziz berkata ia sukar dilaksnakan.

"Ini kerana anggota keselamatan berkenaan terpaksa bertugas pada hari pengundian dan yang berlangsung di seluruh negara. Lagipun soal keselamatan semasa hari pengundian tidak boleh dikompromi," katanya.

Mengulas mengenai perhimpunan haram pada 9 Julai ini oleh satu kumpulan pengacau yang kononnya tidak berpuashati dengan sistem pilihan raya di negara ini dan mahu menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Abdul Aziz berkata penganjurnya harus menghormati institusi diraja dalam menyampaikan tuntutan mereka.

"Hasrat kumpulan berkenaan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong melalui pendekatan berdemonstrasi tanpa mendapatkan permit polis adalah sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.

"Mereka sebaliknya hendaklah melakukannya secara tertib mengikut budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia, dan cara terbaik ialah dengan melantik wakil untuk menyembahkan memorandum itu kepada Tuanku dan bukannya melalui demonstrasi haram," katanya. - BERNAMA

0 comments: