
Israel merampas sumber asli Gaza, undang-undang rizab gas adalah milik rakyat Palestin.
GAZA: Pegawai agensi tenaga Palestin mengecam rejim Israel kerana mencuri simpanan gas asli di Gaza.
Awal  minggu ini, syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat, Noble Energy  diberikan kebenaran oleh Kementerian Infrastruktur Israel untuk mencari  gali di kawasan simpanan gas asli terletak di perairan Genting Gaza.
Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan jelas menetapkan kekayaan sumber asli di Genting Gaza adalah hak penduduk yang mendiami wilayah Palestin itu.
“Rejim Zionis tahu mereka tidak akan didakwa mencuri sumber asli Gaza seperti mereka mencuri tanah Palestin kerana konspirasi antarabangsa yang membenarkan perbuatan biadap itu,” menurut seorang penganalisis politik, Haidar Eid.
0 comments:
Post a Comment