Saturday, June 18, 2011
Rakyat demo bantah kenaikan harga air di Melaka
"Demonstrasi ini merupakan kemuncak kepada siri bantahan kita. Sebelum ini kita membuat kutipan tanda tangan daripada rakyat (membantah kenaikan air itu)," kata ketua penerangan Pemuda PAS negeri Muhamad Aizat Bahrudin.
Demonstrasi itu dianjurkan NGO bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka - Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM).
Muhamad Aizat yang juga anggota jawatankuasa NGO itu berkata, perhimpunan sepuluh minit itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Kira-kira 20 anggota polis mengawal keadaan di situ, tambahnya.
Awal April lalu, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen bagipenggunaan 20 meter padu. Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama.
Kenaikan itu mendapat kritikan hebat pembangkang kerana didakwa tidak mengambilkira beban kewangan rakyat dan dibuat secara tergesa-gesa.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Muhamad Aizat memberitahu, turut hadir dalam program itu Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah.
Sementara itu, selain berdemonstrasi, Muhamad Aizat juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen kutipan tanda tangan bantahan, termasuk mengadakan majlis penerangan kepada orang ramai.
"Setakat ini kita telah mengutip 3,000 tanda tangan bermula April lalu. Kita sasarkan 10,000," katanya.
Posted by Suhaimi at 12:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment