Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, June 5, 2011

Polis serbu premis kilang bayi,memaksa gadis melahirkan anak yang akan dijual

http://madamenoire.com/wp-content/uploads/2011/02/00000128acea1abeb95b8ee0007f000000000001.blackteenpregnancy.jpg
Polis Nigeria menyerbu sebuah rumah yang digunakan sebagai kilang bayi untuk memaksa gadis melahirkan anak yang akan dijual atau digunakan untuk tujuan lain, kata pihak berkuasa.

“Kami menyerbu premis di Yayasan Cross di Aba tiga hari lalu selepas menerima laporan gadis hamil berusia 15 hingga 17 tahun dikurung,” kata Pesuruhjaya Polis negeri Abia, Bala Hassan.
“Kami menyelamatkan 32 gadis yang hamil dan menahan dalang di sebalik sindiket ini. Selepas soal siasat lelaki itu mengakui menjual bayi kepada mereka yang mahu menggunakannya untuk tujuan pemujaan,” katanya.
Selepas diselamatkan, ada dikalangan gadis itu memberitahu polis yang mereka ditawarkan untuk menjual bayi antara 25,000 dan 30,000 naira (RM577) bergantung kepada jantina bayi itu.

Difahamkan, bayi malang itu kemudian dijual sindiket antara 300,000 naira (RM5,771) sehingga sejuta naira (RM19,243) seorang – AFP

0 comments: