Oleh: rozmal "Baru-baru ini saya kena serangan gout di kaki yang teramat sakit buat pertama kali sehingga saya terpaksa mengambil cuti sakit sehari dan begitu sukar untuk bergerak. Beberapa hari selepas itu sakit mula reda selepas mengambil ubat dan menjaga pemakanan. Namun selepas seminggu saya mengalami sakit gout yang sederhana.
Agak menghairankan, walaupun menjaga pemakanan, tidak memakan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, banyak makan sayur daun hijau kecuali bayam, mengelakkan kekacang dan banyak minum air kosong sekitar 2 liter sehari masih terkena gout.
Ada sesuatu yang tidak kena, apa kah ianya mengandungi hikmah? Selepas puas berfikir, diilhamkan saya perasan sepanjang minggu ini dan sebelum saya kena serangan yang pertama, saya banyak minum air kosong yang diproses dan dibotolkan secara komersial.
Lalu saya membuat ujian kertas pH ke atas air ini, dan mendapati pH ialah 5, iaitu berasid, amat tidak baik untuk mereka yang ada gout. Air kosong yang sepatutnya diminum banyak sebagai penawar , kini menjadi racun pula untuk pesakit gout.
Kemudian saya buat ujian ke atas air paip, mendapat pH antara 6 dan 7, di mana piawaian sesetengah negara untuk air paip ialah antara 6.5 ke 8.5.
Disebabkan tidak tahan sangat sakit, saya cuba mencari air yang beralkali untuk menutralkan asid dalam badan saya. Saya cuba satu jenama air , ujian pH saya dapati antara 7 dan 8, hampir kepada pH air Zam zam yang pH ialah 7.9 ke 8.0. Alhamdulillah setelah saya minum air tersebut dan berhenti minum air yang dibotolkan tadi sakit gout saya mula reda, hanya dengan izin Allah.
Mungkin itulah hikmah kenapa saya terkena serangan gout yang akut.
Ujian diatas bukan dijalankan secara klinikal dan hanya atas diri saya. Ujian yang lebih sempurna perlu dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan yang mempunyai banyak fasiliti, peralatan, makmal, kepakaran, sumber manusia dan sumber kewangan.
Jadi kalau sesiapa yang ada gout atau demam kalau sebelum ini doktor kata kena banyak minum air kosong, kena tambah lagi kena banyak minum air kosong yang tidak berasid.
Sedikit fakta mengenai air Zamzam, baru-baru ini ayah saya dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan jantung, didapati tiga saluran tersumbat, walhal ayah baru balik dari Mekah mengerjakan umrah dalam keadaan semput dan tidak sihat. Kemungkinan kadar pH air Zamzam yang beralkali serta mengandungi mineral lain yang dikurniakan Allah antara faktor kenapa ramai yang merasa segar apabila melakukan haji dan umrah.
Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com
Friday, June 24, 2011
Kalau gout jangan minum air kosong yang ...
Posted by Suhaimi at 11:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment