Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata beliau yakin  masalah 'dua ketua pengarah' Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dapat  diselesaikan dengan baik.
Ini kerana, katanya, sistem yang digunapakai telah lama digunakan dan bukanlan satu sistem yang baru.
"Sistem  perkhidmatan awam kita ada tatacara kita sendiri. Jadi biarlah… Saya  yakin dia akan diselesaikan dengan tatacara sendiri. 
"Saya  yakin, saya percaya, sistem kita bukan baru. Sistem ini sudah ada lama  dan ini akan dapat diselesaikan dengan baik," katanya.
Bercakap  dalam sidang media selepas merasmikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala  Selangor (LATAR) dekat Rawang hari ini, Shaziman bagaimanapun tidak  memberikan jawapan pasti bagaimana perkara itu akan ditangani.
Konflik  'dua nakhoda satu kapal' di JKR dilaporkan berlarutan dua bulan apabila  bekas ketua pengarahnya Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim (kiri) enggan mengosongkan biliknya, walaupun penggantinya dilantik sejak Mei lalu.
Kemelut  bermula apabila pelantikan Dr Judin sebagai Ketua Eksekutif Lembaga  Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuatkuasa 1 Mei lalu  didakwa bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam.
Tempat Judin digantikan dengan Datuk Mohd Noor Yaacob yang sebelum ini merupakan timbalan ketua pengarah kerja raya II.
Bagaimanapun,  Judin yang menjadi ketua pengarah sejak Mei 2007 masih berada di  pejabatnya dan Mohd Noor pula menjalankan tugas dari pejabat lama  beliau.
Friday, June 24, 2011
Shaziman: Ada tatacara selesai '2 nakhoda' JKR
Posted by Suhaimi at 11:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment