Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, June 20, 2011

Polis cuba lindungi individu sebar video seks - Anwar

http://1001zones.com/wp-content/uploads/2011/03/anwar-ibrahim.jpg
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti polis kerana gagal menjalankan tugas berkaitan isu penyebaran video seks yang didakwa membabitkan dirinya.
Kegagalan pihak berkuasa itu dilihat secara tidak langsung wujud arahan daripada 'pihak atasan' bagi melindungi penyebar video berkenaan (Datuk T).

Anwar turut mendakwa pihak polis cuba melindungi ‘Datuk T’ dengan berkata, "Apa yang saya tahu sekarang polis masih bagi perlindungan kepada mereka”.

Keadaan itu juga memberi pandangan umum bahawa negara Malaysia menjadi negara bebas menyebar video seks tanpa ada tindakan pihak berkuasa.

"Inilah satu-satunya negara di mana video seks boleh diedar di seluruh negara dan polis tak tahu nak buat apa," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.


Trio 'Datuk T'
Anwar turut menambah, perkara ini ada arahan pihak atas iaitu Umno untuk menjatuhkan karier politiknya dan trio 'Datuk T' hanya perkakas kepada Umno.

Anwar berkata, pihaknya kini menunggu siasatan polis untuk mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab mendedahkan video seks berkenaan.

“Kalau pembangkang yang sebarkan video, sudah tentu polis akan mengambil tindakan serta merta, tetapi disebabkan mereka ada hubungan dengan UMNO, mereka bebas daripada sebarang tuduhan,” kata Anwar.

Pemandu bas tayang video lucah kena tiga tahun

P Kanapathy

P Kanapathy
AYER KEROH: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.

P Kanapathy, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain sambil menyatakan tahu perbuatannya itu salah, sekali gus merayu hukuman ringan kerana terpaksa menanggung isteri dan empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun.
Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan perbuatan itu bertujuan menawar atau cuba melakukan perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap wanita berkenaan, Ni Ketut Remi, 32, pada jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan, cuba merogol mangsa dalam bas dan hari sama kira-kira jam 10.45 malam. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan ditahan dua anggota polis yang terdengar jeritan seorang wanita dari dalam sebuah bas yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan di tepi jalan berhampiran kawasan ladang di Jalan Bukit Kajang, Jasin, Isnin lalu.

Mengikut fakta kes, Kanapathy pada awalnya mengambil tiga penumpang termasuk dua lelaki lain menaiki bas ekspres dipandunya dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam, tetapi selepas 30 minit perjalanan, dia mengarahkan dua lelaki itu turun dengan alasan mereka tersilap bas.

Dia kemudian mengarahkan penumpang wanita berkenaan duduk di kerusi sebelah pemandu tetapi mangsa enggan sebelum tertuduh memasang VCD dalam bas tanpa menghiraukan teguran mangsa.

0 comments: