Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, June 18, 2011

Guan Eng: Jangan malukan Malaysia dengan Facebook RM1.8 juta.

Kerajaan Barisan Nasional diminta supaya tidak memalukan Malaysia dengan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk laman Facebook yang percuma.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, RM1.8 juta sangat tidak munasabah sedangkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang tidak menggunakan wang yang sebesar itu untuk mempromosikan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen yang memperuntukkan wang yang banyak itu untuk mempromosikan kementeriannya.

“Kerajaan Pulau Pinang sendiri tanpa menggunakan sejumlah wang besar sebegitu pun boleh menarik lebih 100,000 orang,” kata Guan Eng dalam sidang media di Parlimen semalam.
Behubung serangan penggodam yang menyerang laman web kerajaan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, lebih baik RM1.8 juta itu digunakan untuk meningkatkan keselamatan sistem pelayan komputer.

“Kita nak tahu kenapa mereka belanjakan wang untuk sesuatu yang percuma, tapi tak mahu belanjakan wang untuk tingkatkan keselamatan sistem komputer,” kata Guan Eng.

Bermula awal pagi semalam, sebanyak 51 laman web rasmi kerajaan telah di godam oleh sekumpulan penggodam dan aktivis antarabangsa akibat sekatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat 10 laman web perkongsian fail.

Beliau berkata, jika ditanya kepada semua polis di seluruh dunia, jenayah yang paling tinggi di dunia ialah jenayah siber.

Guan Eng memberi penyelesaian bagaimana kerajaan boleh membuktikan ia komited kepada kebebasan internet ialah dengan mengadakan tawaran tender terbuka.

“Perkara ini harus dipertimbangkan, buka lah tender. Masalah kenapa perlu bayar banyak untuk sistem yang tak berguna ialah kerana tender tertutup,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu lagi, jika kerajaan BN mengadakan pemilihan tender terbuka dan dapat harga yang terbaik, maka itu lah kualiti yang terbaik.

0 comments: