Sumber elaksamana.blogspot.com
Saya pasti ramai yang tidak mengetahui mengenai kulit binatang asal barangan yang mereka miliki itu. Malah mungkin ada yang masih tidak mengetahui mengenai cara untuk menyamak kulit binatang. Ada juga orang berpendapat tidak mengapa seandainya diambil kulit khindzir dan anjing untuk dijadikan sebagai kulit barangan sekiranya kulit tersebut telah disamak. Adakah itu pendapat yang benar? Jelas kali seratus peratus kenyataan itu salah dan menyalahi hukum syarak. Apa-apa bahagian dari anjing atau khindzir, atau haiwan yang lahir dari kacukan antara keduanya atau kacukan keduanya adalah haram hukumnya untuk diambil walaupun sedikit bahagian tubuhnya kecuali darurat mengikut erti syarak.
Tetapi adakah kita ambil peduli mengenai semua ini? Apa jenis kulit yang kita sedang pakai, jenama itu halal ataupun tidak barangannya, jika kulit yang digunakan adalah dari kulit lembu, adakah lembu itu bangkai ataupun yang sudah sah disembelih? Itu semua harus menjadi persoalan kita semua. Untuk santapan pandangan anda semua, di bawah ini disediakan beberapa keping gambar mengenai kaedah yang digunakan untuk melapah kulit pelbagai jenis binatang dan sudah tentunya tidak disamak kulitnya terlebih dahulu kalau diperhatikan berdasarkan gambar yang disediakan ini.
Deretan ular sawa yang digunakan untuk membuat tas tangan, tali pinggang, beg duit, kasut kulit hitam tulen dan sebagainya. Kesiannya.
0 comments:
Post a Comment