Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, March 28, 2011

Melaka timbang wujudkan PBT baru - Majlis Perbandaran Hang Jebat

jalan hang jebat, melaka, 2006 Kerajaan negeri Melaka besar kemungkinan akan menubuhkan satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan terhadap masyarakat lebih berkualiti dan cekap.

Cadangan itu, disuarakan ketua menterinya, Datuk seri Mohd Ali Rustam, yang memberikan gambaran besar kemungkinan pecahan kawasan pihak berkuasa tempatan itu akan melibatkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

NONEMenurutnya, kenyakinan itu bersandarkan pendapatan MBMB yang begitu memberangsangkan di samping merasakan ia amatlah wajar diwujudkan satu lagi tambahan kawasan pihak berkuasa tempatan.

"Berdasarkan rekod, pendapatan MBMB sekarang pun sudah mencecah RM150 juta setahun pada tahun lalu dan ini menunjukkan sudah sampai waktunya serta langkah yang baik untuk kita menubuhkan satu lagi kawasan pihak berkuasa tempatan.

"Bagi kawasan yang akan diwujudkan nanti, besar kemungkinan kita akan namakan Majlis Perbandaran Hang Jebat ataupun Melaka Utara.

"Bagaimanapun, cadangan ini masih dalam peringkat kajian lagi, jika ia difikirkan sesuai mungkin Melaka bakal mendapat satu lagi kawasan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Pencapaian kelas dua

Jelas Mohd Ali, pihaknya mahu semua pihak berkuasa tempatan di bawah kerajaan negeri Melaka terus mempamerkan kecekapan yang konsisten di dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Katanya, pada pertengahan tahun lalu, kerajaan tersebut baru sahaja mewujudkan satu lagi pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

NONEIa menurut Mohd Ali, adalah kawasan yang dibentuk membabitkan tiga pihak berkuasa tempatan sedia ada iaitu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan MBMB.

Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Bandaraya Penyayang 2011 di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka hari ini.

Beliau berkata, negeri Melaka kini sudah diiktiraf sebagai sebuah negeri maju dengan pencapaian kelas dua, namun tetap menaruh harapan agar negeri tersebut terus maju.

"Apa yang kita mahukan adalah negeri Melaka mencapai pencapaian kejayaan 100 peratus dan menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain.

"Untuk merealisasikan harapan ini saya berharap setiap ahli majlis di kawasan pihak berkuasa tempatan yang ada dapat melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh bagi membantu untuk memantapkan perkhidmatan," katanya.

0 comments: