Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, March 7, 2011

Terima kasih PAS atas jasa anda dalam PRK.

Sumber Tok Pepijat
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmfB7Jl_yJ7MdTgOprvq7p0BXUiDk50cw5hSUjSRW_3i4TK1QyCGyhRvKQpm1POFOETKxnQQkIEdAbzfPCUBbBmv6_zaDVF6T3SzLbyQCXAb8mwADh4L_ReZD7BWoyM9ZQRX520Ht1FPg/s1600/Percaturan+PAS+UMNO.jpg
Terima kasih PAS. Penyertaan PAS dalam PRK Tenang, Kerdau dan Merlimau mengundang banyak persepsi samada pro dan kontra. Yang pro akan menyatakan penyertaannya adalah untuk dakwah. PRK adalah medan dakwah juga untuk menguji strategi dakwah dan politik.

Manakala yang kontra akan mengatakan ianya membazir wang, tenaga dan masa. Ini kerana perlawanan berlangsung dalam keadaan padang tidak rata dan UMNO mempunyai lebih 11 pemain iaitu PDRM, SPR dan Agensi Kerajaan yang lain. Lebih baik tumpu kepada PRU.

Mari kita ambil pandangan di luar kotak. Penyertaan PAS dalam "permainan padang tidak rata" sebenarnya adalah untuk menolong rakyat samada Melayu, Cina dan India. Lihatlah apabila berlaku PRK, yang paling beruntung adalah rakyat. Mereka mendapat "durian runtuh" dan kawasan mereka mendapat pembangunan pantas.

Rakyat tahu jika PAS menang dalam PRK pun, ianya tidak mengubah kerajaan berbanding dalam PRU. Oleh itu elok undi UMNO. Tetapi dalam PRU nanti, mereka akan mengundi PAS untuk tukarkan kerajaan.

Kalau selama ini, jika ada aduan maupun rungutan, semuanya dibuang dalam bakul sampah oleh UMNO. Tetapi jika ada PRK, inilah masanya rakyat berkuasa. Minta apa sahaja, pasti dimakbulkan.

Lihat bagaimana dalam satu perjumpaan di sebuah sekolah di Kerdau, PIBG minta bantuan, dengan pantas TPM luluskan bantuan jutaan RM.

Ini semua untuk mengatasi pengaruh PAS. Begitu berpengaruhnya PAS sehingga UMNO sanggup keluarkan duit jutaan RM untuk atasi pengaruh PAS dan agar rakyat tidak mengundi PAS.

Inilah antara jasa yang amat besar sumbangan PAS kepada rakyat. Tanpa penyertaan PAS dalam PRK, maka "malap"lah kawasan PRK itu dan berjoget sakanlah UMNO kerana tiada saingan.

Barangkali selepas ini, PAS perlu kemaskinikan strategi dan ubah pendekatan dalam PRK. Katakan kepada rakyat di kawasan PRK, mintalah apa sahaja kat UMNO. Inilah masanya rakyat jadi tuan.

Katakan juga kepada rakyat duit RM yang UMNO kasi adalah duit rakyat. Hak rakyat. Duit itu adalah hasil kutipan cukai dan hasil mausul rakyat. Tanamkan kefahaman itu hingga rakyat sedar dan faham.

PAS selamanya tidak dapat tandingi UMNO dari segi kewangan, tenaga dan kepakaran. Ini kerana UMNO yang menguasai kerajaan

0 comments: