Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, March 14, 2011

Kenaikan premium insuran kenderaan bermotor tidak adil

http://lomniom.files.wordpress.com/2011/01/1malaysia_symbol.png
PETALING JAYA: Tindakan Bank Negara Malaysia memberi kebebasan kepada syarikat-syarikat insurans mengenakan kadar premium tambahan sehingga 150 peratus dari caruman premium biasa pengguna adalah tidak adil.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Mohammad Yaser Sheikh Abd Rahman berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.Menurut beliau, dari tinjauan SAMM mendapati, akibat ‘kebenaran’ bank pusat itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza sehingga 150 peratus.

Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.

“Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun,” katanya.

Beliau berkata, tinjauan juga mendapati, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

“Pemilik berkenaan perlu merujuk kepada ‘Malaysian Motor Insurance Pool’ (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans,” terangnya.

Mohammad Yaser berkata, selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom Sdn. Bhd.) dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60.

“Itu belum lagi menyentuh mengenai cadangan mewajibkan motosikal terpakai dihantar ke Puspakom sebelum dijual atau ditukar hak milik menerima reaksi bercampur daripada persatuan dan badan bukan kerajaan,” jelasnya.

Dalam satu kenyataan yang pernah dikeluarkan pada 12 Januari lepas Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong menyuarakan bantahan kerana berpendapat cadangan itu menyebabkan peningkatan kos yang mungkin terpaksa ditanggung pengguna.

Pemilik motosikal tanggung kos penghantaran?

“Kita tidak setuju. Kalau diteruskan berapa yuran yang akan dikenakan? Siapa mahu bayar kos (motosikal) yang dihantar ini? Biasanya pengguna (pemilik) yang kena tanggung semua ini (bayaran penghantaran),” katanya dalam kenyataan beliau yang pernah dipetik Bernama.

Menurut Wee, lazimnya kos penghantaran sebuah motosikal ke pusat berkenaan adalah antara RM100 hingga RM200.

Mohammad Yaser berkata, “justeru itu SAMM mendesak, adalah lebih bijak jika pihak berkuasa mewajibkan penjual terlebih dulu membuat pemeriksaan dan mendapat kelulusan bagi setiap motosikal terpakai yang hendak dijual semula.

“Langkah ini akan membantu memberi keselesaan kepada pembeli yang sesetengahnya adalah warga emas atau tidak tahu menguruskan proses mengisi borang dan peraturan lain yang berkaitan.

“Oleh itu, jika kerajaan mahu menguatkuasakan pemeriksaan berjadual ke atas motosikal terpakai, semua aspek itu mesti dikaji dengan teliti supaya tidak membebankan pemilik,” katanya.MFT

0 comments: