Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, March 16, 2011

Pengguna terbeban, CAP gesa harga kekal rendah

http://1.bp.blogspot.com/_kHYkp7Te1UM/TEFqlxF-bcI/AAAAAAAAAh8/nSwxGT6WioQ/s1600/paper.jpg

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima banyak aduan mengenai kenaikan harga ayam di pasaran tempatan.

Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, penjual ayam yang ditemubual mendakwa harga ayam yang dibekalkan kepada mereka oleh pihak pemborong telah meningkat dan berbeza-beza serta secara tidak tetap.

Katanya, alasan bagi kenaikan harga yang diberikan oleh pemborong ialah ladang ternakan mereka telah terjejas oleh banjir yang melanda Johor baru-baru ini.

“Untuk mengatasi kenaikan harga yang mendadak ini, CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya membuka pasaran untuk lebih banyak ayam hidup yang diimport daripada negara jiran,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, tambahnya akan membantu untuk menstabilkan harga sehingga hasil keluaran tempatan kembali kepada keadaan biasa.

Menurutnya, pengguna sudah pun terbeban dengan harga makanan yang meningkat dan setiap langkah perlu diambil bagi memastikan harga kekal rendah.

CAP juga, katanya menggesa Kementerian Pertanian melalui agensi pemasarannya FAMA supaya membantu keadaan ini dengan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mengedarkan hasil tempatan.

0 comments: