Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, March 28, 2011

Jenis Tepung dan Kegunaannya

Ada pelbagai jenis tepung di pasaran dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih muih, kek, pastri, biskut atau roti. Oleh itu perlu bagi anda memahami jenis-jenis tepung yang hendak di gunakan bagi memastikan anda mengunakan jenis tepung yang betul dan mendapat hasil yang memuaskan.

Tepung High Protein (Tepung Roti)
Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies. Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Hoen Kwee
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu. Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

0 comments: