Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, March 11, 2011

Royalti: Kelantan berhasrat fail saman ke atas Petronas di mahkamah luar negara


KOTA BHARU (SH) – Kelantan berhasrat untuk menfailkan saman ke atas Petronas berhubung tuntutan royalti di mahkamah di luar negara dalam usaha menjalani perbicaraan lebih saksama.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, mesyuarat Exco semalam bersetuju melantik peguam terkenal dari London yang akan memberi pendapat mengenai undang-undang.

Menurutnya, peguam itu nanti akan memberi pendapat berhubung undang-undang khususnya mengenai kaedah menyaman atau mengambil tindakan terhadap Petronas.

“Langkah menyaman Petronas di mahkamah luar negara itu agak rasional ekoran tindakan mengelirukan dalam kes tuntutan tersebut, kita menelitinya dan mungkin membawanya ke mahkamah luar,” katanya.

Husam berkata, beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan persekutuan campur tangan dalam kes ni sedangkan Petronas merupakan defendan tunggal.

“Kita juga akan menfailkan bantahan resmi ke atas pemindahan kes itu dari mahkamah perdagangan ke mahkamah sivil kerana ianya dibuat tanpa persetujuan defendan dan plaintif,” katanya sambil memberitahu fail bantahan resmi itu akan dikemukakan pada 15 Mac ini.

Husam berkata, Petronas merupakan entiti dan syarikat yang ada aktivitinya sendiri, ia perlu kekal sebagai defendan tunggal.

0 comments: