Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, March 28, 2011

Pulut Serawa Durian

Musim durian tiba lagi. Nak makan frash pun dah naik muak. Apa kata kita masak Serawa Durian makan bersama pulut. Yang ni memang favorite aku. Kat bawah ni resepi yang selalu bini aku masak.

2 cawan pulut
1 cawan santan cair
secubit garam
4 ulas isi durian
2 sudu gula merah
2 sudu gula putih
1 cawan santan pekat

Cara-caranya:-

Rendam pulut sekurang2nyer 3 jam. Kukus pulut di dalam periuk pengukus. Selepas pulut tiga suku masak tambahkan santan yang telah dilarutkan dengan garam secukup rasa.

Untuk serawanya pula, masukan 2 cawan air, isi durian, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih dan isi durian sebati. Selepas itu masukan santan pekat dan tunggu sehingga mendidih.

0 comments: