Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, March 16, 2011

IAEA: Salur utama loji nuklear Jepun mungkin musnah

Anggota tentera bersedia untuk menyertai operasi pembersihan di loji tenaga nuklear Fukushima hari ini. — Foto Reuters
VIENNA, 15 Mac — Letupan di loji tenaga nuklear Jepun semalam kemungkinan telah memusnahkan saluran kawalan utama salah satu unit reaktor, demikian menurut badan pemantau tenaga nuklear global. Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA) berkata letupan di Unit 2 loji Fukushima Daiichi “kemungkinan telah menjejaksan integriti saluran kawalan utama.”

Bagaimanapun agensi itu berkata saluran kawalan utama di Unit 1 dan 3 kelihatan masih teguh meskipun ada letupan di sana.

Malah ia juga berkata, unit-unit di loji tenaga nuklear Fukushima Daini, Onagawa, dan Tokai masih selamat dan berada dalam keadaan yang stabil.

Laporan Reuters berasingan pula berkata, operator-operator loji nuklear milik Tokyo Electric Power Co kemungkinan akan menyalurkan air menggunakan helikopter untuk menyejukkan takungan bahan api telah digunakan di reaktor dalam tempoh dua atau tiga hari ini.
Jurucakap Tokyo Electric Power Co berkata kemungkinan akan memasukkan air di kawasan dalaman reactor No 4.

Letupan sebelah pagi tadi menyebabkan dua lubang pada dinding reaktor, sekali gus mendedahkannya takungan bahan api yang telah digunakan kepada udara luaran.

Jepun berhadapan dengan bencana berganda selepas masalah-masalah sistem pendingin dan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima, yang mengeluarkan radiasi, yang kemungkinan akan dibawa oleh angin ke arah Tokyo. — Reuters

0 comments: