Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, March 10, 2011

Samsung Wave II

Sumber mStar

SEBAGAI pengeluar rangkaian telefon bimbit, Samsung tampil memperkenalkan siri telefon bimbit pintar model terbaru, Samsung Wave II.

Produk ini bakal menawarkan pengalaman telekomunikasi mobiliti berbeza dengan aplikasi terkini kepada penggemar telefon bimbit.


Samsung Wave II dilengkapi dengan kamera lima megapiksel, sesuai untuk rakaman video. Ia juga didatangkan bersama keupayaan capaian Wi-Fi dan juga akses 3G.

Dengan menumpukan kepada prestasi yang maksimum, model ini didatangkan bersama spesifikasi moden dan berkualiti.

Ia direka khas untuk pengguna yang sentiasa mahu berhubung secara mobiliti di mana-mana sahaja mereka berada.

Selain prestasi maksimum, Samsung Wave II turut disempurnakan dengan kemasan luar, gaya premium serta didatangkan bersama pelindung skrin hadapan.

Bukan itu sahaja, telefon selular ini turut didatangkan dengan teknologi paparan jelas melalui skrin sentuh LCD bersaiz 3.7 inci.

Lebih menarik, model ini turut tersedia bersama aplikasi Samsung untuk kemudahan memuat turun pelbagai aplikasi seperti permainan video, navigasi, kesihatan, buku elektronik dan sebagainya.

Gajet ini turut disempurnakan dengan perisian laman web sosial seperti seperti Facebook dan Twitter supaya pengguna boleh mengaksesnya terus daripada skrin utama.

Tidak cukup dengan itu, ia turut disempurnakan bersama teknologi Hub Sosial Samsung yang memudahkan pengguna menggunakan integrasi senarai kontak bersama e-mel, mesej pantas (IM) dan juga rangkaian sosial.

Untuk kemudahan pelayar Internet, Wave II didatangkan bersama keupayaan capaian Wi-Fi dan juga akses 3G.

Kelebihan lainnya pula ditampilkan menerusi sokongan sambungan sistem penentu kedudukan global (GPS) dan capaian informasi kedudukan geografi.

Model ini juga didatangkan dengan kemasan papan kekunci QWERTY berbentuk landskap pada skrin utamanya.

Dilengkapi dengan kamera lima megapiksel, gajet ini bakal memberikan rakaman dan permainan video serta platform pelayaran web Dolfin.

Samsung Wave II kini boleh diperolehi di pasaran dengan harga tawaran RM1,499. Maklumat lanjut mengenainya, sila layari laman web www.samsung.com.


0 comments: