Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, March 28, 2011

Earth Quake -Titik Gempa Hampiri Malaysia

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Rakyat kena sedia hadapi gempa

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tajul Anuar berkata, kebanyakan gempa bumi mempunyai kaitan dengan patahan di dalam kerak bumi dan jika ia berlaku di dalam laut akan mengakibatkan tsunami.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Dr. Mohd Rosaidi Che Abas berkata, sebarang risiko gempa bumi dan tsunami di negara ini boleh dikesan dalam tempoh diantara satu hingga dua minit.

Ia boleh dilakukan menggunakan Sitem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang dilengkapi peralatan pemantauan kedua-dua bencana itu.

Alat-alat tersebut telah diletakkan di 17 lokasi di seluruh negara yang dapat mengesan gempa dan tsunami serta mampu dihebahkan kepada orang ramai dalam tempoh 12 minit.

0 comments: