Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, March 19, 2011

Cikgu Mala sebagai aura baru PAS

"Saya seronok kerana ada kelompok Muslimah PAS menganggap saya sebagai aura baru," kata Normala.
PETALING JAYA: Normala Sudirman, calon PAS yang tewas ketika merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor dalam pilihan raya kecil (PRK) 30 Januari lalu kini semakin sibuk bagaikan seorang artis.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala kini sibuk menjelajah ke seluruh negara berceramah di atas pentas PAS bersama pemimpin lain.

Semasa kempen PRU Merlimau dan Kerdau, Normala tidak ketinggalan berkempen membantu calon PAS Yuhaizad Abdullah dan Hasanuddin Salim.

“Lepas ini, insya’Allah saya ke Sarawak pula. PAS akan bertanding beberapa kerusi di negeri itu. Saya berharap dapat membantu calon PAS menang.

“Ini satu amanah kepada saya. Dan saya akan lakukan bersungguh-sungguh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

PAS dilaporkan akan bertanding enam kerusi Dun dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April ini.

Dalam PRK Tenang, Normala kalah kepada Mohd Azhar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,707 undi.

Pada penghujung minggu ini dan minggu depan, Normala akan berada di Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang untuk memenuhi program parti.
“Saya seronok kerana ada kelompok Muslimah PAS menganggap saya sebagai aura baru,” tambahnya.

Menurut Normala, kesibukannya dalam dunia politik tidak menganggu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Ini kerana, katanya, beliau mengadakan perbincangan dengan suami, Maarof Abdul Mutalib, sebelum menyertai program PAS.

“Kalau musim cuti sekolah, saya bawa anak-anak dan suami bersama ke program-program tersebut,” katanya.

0 comments: