Pada zaman moden ini, saintis mendapati lalat rumah atau Musca domestica  merupakan sejenis serangga perosak yg membawa parasit pathogen yg  menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit kolera,demam  tifoid dan desentri. Saintis turut menemui bahawa serangga kecil ini  membawa penawar iaitu bacteriophage.  Lalat merupakan pembawa penyakit dan dalam masa yg sama pembawa penawar  kepada racun yg dibawanya sendiri. Yang menariknya, fakta ini telah  diketahui oleh umat Islam sejak dahulu lagi melalui hadith Rasulullah.  Alhamdulillah, penemuan moden pada hari ini telah membuktikan kebenaran  kata-kata Nabi. Hadith yg kelihatan aneh ini kini tidak lagi dipandang  aneh bahkan dipandang sebagai satu mukjizat.
:: Hadith Lalat: Kedudukan sanad & matan
Antara hadith-hadith itu ialah hadith Abu Hurairah yg berbunyi, Rasulullah bersabda,"Apabila  lalat jatuh ke dalam bekas makanan atau minuman salah seorang daripada  kamu, maka rendamlah ia(lalat) itu keseluruhannya, kemudian buanglah ia.  Sesungguhnya pada salah satu sayapnya terdapat racun dan pada yg satu  lagi terdapat penawar." (Riwayat Bukhari)
Hadith-hadith  seperti ini juga diriwayatkan oleh imam-imam lain seperti Imam Ahmad,  Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Al-Bazzar melalui  sahabat-sahabat selain Abu Hurairah. Maka, kita mendapati hadith ini  walaupun dengan sedikit perbezaan pada lafaz telah diriwayatkan oleh 7  orang imam hadith yg muktabar. Dan sanad kesemuanya sahih. Maka hadith  ini berada pada tahap kesahihan yg agak tinggi dari segi sanadnya.  Adapun dari segi matan, maka kajian saintifik telah membuktikan  kesahihannya!
# Perlu diketahui bahawa perintah di dalam hadith ini bukanlah untuk mewajibkan tetapi sebagai irsyad atau saranan.
Dalam hadith Abu Hurairah riwayat Abi Daud & telah ditashihkan oleh Ibnu Hibban terdapat penambahan,"Sesungguhnya ia melindungi dirinya dengan sayapnya yg mempunyai racun." 
Ini  kerana ia sebagai senjata baginya apabila berhadapan dengan perkara yg  menyakitinya. Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya, Fathul Bari berkata bahawa  "Sebahagian ulama telah meneliti dan  mendapati lalat melindungi dirinya dengan sayapnya yg kiri. Maka  diketahui bahawa sayap kanannyalah yg mempunyai penawar. Dan kesesuaian  dalam perkara itu jelas." Ini kerana kanan merupakan symbol bagi  kebaikan, oleh sebab itulah Rasulullah suka bertayamun(menggunakan  anggota kanan dan arah kanan untuk perkara kebaikan). Adapun kiri maka  ia symbol kepada keburukan.
:: Pandangan Perubatan Moden
Pakar-pakar perubatan bersetuju bahawa pada tubuh lalat terdapat bacteriophage  yg bertindak menyerang virus dan bacteria yg dibawa sendiri olehnya.  Maka dengan merendamkannya ke dalam bekas minuman/makanan yg ia jatuh ke  dalamnya akan menyebabkan ia menghapuskan kuman yg dibawa sendiri  olehnya.
Dalam satu pembentangan yg disampaikan oleh seorang  doktor muslim dalam program Persatuan Al-Hidayah Al-Islamiyyah di  Kaherah, beliau berkata bahawa, "Lalat  hinggap di atas bahan-bahan kotor yg dipenuhi dengan kuman yg  menyebabkan pelbagai penyakit. Lalu ia memindahkan sebahagian bahan  tersebut dengan kakinya dan makan sebahagian yg lain. Maka tubuh lalat  itu terdiri daripada bahan beracun yg dinamakan oleh pakar perubatan  sebagai bacteriophage yg bertindak membunuh banyak kuman pembawa  penyakit. Dan tidak mungkin kuman-kuman itu akan terus hidup atau  memberi kesan kepada tubuh manusia selagimana bacteriophage ini wujud."
Jadi,  apabila lalat jatuh ke dalam makanan atau minuman lalu mencampakkan  kuman-kumannya, maka agen pembunuh kuman yg paling dekat untuk digunakan  ialah bahan pembunuh kuman yg terletak pada tubuh lalat itu sendiri  iaitu bacteriophage! Ia akan memakan kuman-kuman tersebut.
Beliau juga telah menguatkan hujjahnya dengan artikel dalam sebuah majalah, Rockefeller Foundation's Journal of Experimental Medicine (1927) volume 43: "The  flies were given some of the cultured microbes for certain diseases.  After some time the germs died and no trace was left of them while a  germ-devouring substance formed in the flies bacteriophages. If a saline  solution were to be obtained from these flies it would contain  bacteriophages able to suppress four kinds of disease-inducing germs and  to benefit immunity against four other kinds."
:: Mukjizat
Cuba  renung, bagaimana Rasulullah boleh menemui ilmu saintifik sebegini?  Perkembangan ilmu pada zaman itu tidak memungkinkan untuk menjalankan  eksperimen. Dengan kelengkapan yg tidak mencukupi, waktu pula yg  disibukkan dengan aktiviti dakwah dan jihad, maka mustahil untuk  mendakwa kajian sebegini dilakukan pada 1400 tahun yg lalu. Natijah  kepada eksperimen ini telah diumumkan 1400 tahun sebelum eksperimen  dijalankan! Natijahnya diumumkan oleh lidah seorang Rasul yg tidak  pernah berdusta. Kerana setiap bicaranya adalah wahyu Tuhannya yg Maha  Bijaksana.
Kita renung lagi. Bayangkan jika bacteriophage ini  tidak wujud pada tubuh lalat. Pasti lebih sulit dan tentulah lalat akan  menjadi salah satu agen pemusnah utama kepada komuniti manusia terutama  di negara-negara dunia ketiga.Akan tetapi hakikatnya, virus dan  bacteria yg dibawa oleh lalat ini mampu dihapuskan oleh bacteriophage yg  juga dibawa sendiri olehnya. Tidak perlu pergi jauh. Hanya di tempat yg  sama. Lihatlah sifat bijaksana Allah mentadbir ciptaanNya.
:: Kolera di India, 1930
Dalam menangani isu kolera di India, Félix d'Herelle bersama sekumpulan rakannya bertindak menuangkan cairan yg berisi bacteriophage ke  dalam telaga-telaga di kampung-kampung yg mana penduduknya dijangkiti  kolera. Dengan izin Allah, kadar kematian menurun daripada 60 sehingga  ke 8% sahaja.
Bacteriophage memang berpotensi dalam merawat penyakit. Di dalam Indian Council of Medical Research Bulletin, Vol.32, No.4, ada dinyatakan,"The  phages especially the cholera bacteriophages may be helpful as  therapeutic agents for treating infections. The effective approach and  additional rigorous studies are urgently required in this field of  research."
Di dalam Middle East Journal of Family Medicine, October 2007-Volume 5, Issue 7, ada dinyatakan,"Bacteriophage could become an additional tool in the public-health struggle against cholera." 
Fakta  sebegini tidak tersembunyi lagi. Sekelompok manusia yg pernah menuduh  dusta terhadap hadith ini satu ketika dahulu sebenarnya telah menconteng  arang ke muka sendiri. Wahai manusia, saksikanlah kebenaran Nabi ini!
Wednesday, March 2, 2011
Hadith Lalat: Satu Mukjizat
Posted by Suhaimi at 2:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment