Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini memberi jaminan harga ayam yang naik mendadak sehingga menjangkau purata RM8.20 satu kilogram sekarang akan kembali normal menjelang April.
Beliau berkata kenaikan harga sekarang disebabkan antara lainnya oleh kekurangan bekalan yang jarang berlaku pada bulan Mac kerana selalunya permintaan pada bulan berkenaan adalah rendah.
"Permintaan tinggi pada bulan Januari dan Februari kerana perayaan, tetapi bekalannya sentiasa mencukupi pada bulan Mac.
"Tetapi tahun ini, kemungkinan kerana cuti sekolah dan kenduri kahwin yang banyak, permintaannya naik mendadak," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. (ALASAN STANDARD KERAJAAN)
Katanya faktor cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada kenaikan harga makanan itu, di mana ianya menyebabkan penternak lebih berhati-hati untuk menambah bekalan.
"Cuaca buruk yang melanda Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah baru-baru ini turut menyumbang dan penternak tidak memasukkan anak ayam ke dalam ladang mereka kerana dikhuatiri banjir berulang.
"Kesan dari tindakan ini, kekurangan bekalan berlaku 45 hari kemudian di mana tempoh itu diperlukan untuk anak ayam membesar," katanya.
Beliau berkata kenaikan harga makanan ayam seperti jagung dan kacang soya yang meningkat 60 peratus turut menyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran.
"Usul mengenainya akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan dan bagi menubuhkan satu polisi bagi menyokong program itu," katanya.
Ketika ditanya sama bencana alam yang menimpa Jepun minggu lepas menyebabkan kenaikan itu, Noh berkata Malaysia tidak mengimport ayam dari Jepun kerana negara itu tidak mempunyai rumah sembelihan halal.
Katanya Malaysia mengimport 20,000 tan metrik ayam setahun dari China, Thailand dan Eropah.
0 comments:
Post a Comment